Program Stem-Iot (Fireworks: Pepper & Soap Experiment) Bersama Tabika Kemas Kg Surau

7 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2024, pihak pengurusan PEDi Kg Surau bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Surau telah mengadakan Fireworks: Pepper & Soap Experiment. Aktiviti diadakan di PEDi Kg Surau telah disertai oleh 11 orang peserta yang berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak , melatih kanak-kanak berfikir secara inovatif dan kreatif dan problem solving dalam menghasilkan Fireworks Experiment. Dengan adanya program seperti ini, dapat membantu kanak-kanak tabika dan penduduk sekitar lebih celik ICT serta mengetahui kaedah sains dalam kehidupan. Aktiviti ini dapat mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali